Buat Duit Online Dari Rumah

Buat Duit Online Dari Rumah

 

 

 Hanya Dengan Menjadi Agent Affiliate Produk Digital 

 Tanpa Keluar Modal Beli Stock.

 

Saya faham kalau sale senduuu, memang sedih. Siapa pun yang berniaga janganlah tipu. Saya dah berniaga Online hampir 6 tahun, dan sangat faham perasaan tue. Sebab itulah hari ini saya nak tunjukkan anda cara bagaimana anda juga boleh dapat sale setiap hari macam saya. 

Untuk pengetahuan anda semua…saya juga berniaga produk sama seperti anda, saya jual kopi power untuk lelaki dan supplement kesihatan untuk lelaki.

Dalam masa yang sama saya juga buat Bisnes Affiliate untuk support bisnes saya. Dan alhamdulilah memang saya berjaya buat sale hampir setiap hari.

Buat duit dengan Affiliate Marketing ni sebenarnya lebih mudah dari menjual produk fizikal, atau dropship kerana anda hanya perlu promosikan Link Affiliate anda yang unik. Sekiranya ada orang yang membuat belian melalui Link Affiliate anda, anda akan mendapat bayaran.

Pernah tak anda terfikir tanpa jual produk fizikal, tanpa jadi stokis dan tanpa keluar modal beribu ringgit pun korang boleh buat duit beribu ringgit dan jana pendapatan yang agak lumayan ?

Sebelum itu saya kenalkan diri saya, nama saya Saiful Nizam bagi yang pernah berurusan dengan saya akan panggil saya Nizam atau Epull. 

Sebelum terjebak dalam ilmu pemasaran produk Affiliate ini saya ialah Master Stokis untuk beberapa produk kesihatan dan saya juga Agent Dropship untuk beberapa produk yang terkenal dalam pasaran.

 Cara Saya Buat Duit Dengan Produk Orang Lain. 

Kisahnya begini.. pada bulan April 2020 tahun ini ketika PKP 1.0  telah pun dilaksanakan, saya sama seperti anda semua tidak dapat bekerja seperti biasa. Tetapi saya masih mempunyai pendapatan lain iaitu dari bisnes online saya.

Pada ketika itu saya berada di Kampung, untuk mengisi masa terluang yang banyak semasa PKP saya buat keputusan untuk belajar dan mantapkan lagi Ilmu marketing online saya. Walaupun saya telah hampir 6 tahun dalam bidang pemasaran online, Ilmu memang sentiasa jadi keutamaan saya.

Tanggal 29 April saya daftar untuk sertai satu kelas pemasaran online untuk mengetahui lebih terperinci bagaimana untuk mengelakkan akaun Facebook dari di block dan belajar juga strategi-strategi baru dalam pemasaran online.

Sebagai Admin Group Pengiklanan, saya kerapkali ditanya oleh pengiklan yang bertanyakan bagaimana cara untuk mengelakkan akaun Facebook mereka dari di block oleh Facebook.

Sebenarnya saya juga menghadapi masalah ini setiap kali post iklan di group iklan Facebook, walaupun saya seorang Admin. Alhamdulilah kini tidak lagi, hasil berguru dengan Tuan Fakhri dalam kelas beliau 😊👌.

 

Ini perbualan saya pada 29 April 2020 bersama Tuan Fakhri, Founder Kelas Marketing Rahsia Iklan Viral Tanpa Di Block Oleh Facebook.

 

Dari sinilah bermula perkenalan saya bersama Tuan Fakhri dan bermulalah saya terjebak dengan Bisnes Pemasaran Affiliate ini dengan lebih serius. Sebelum itu saya sudah menjadi Agent Affiliate dengan produk-produk yang lain, tetapi tidak terlalu fokus.

Bisnes saya yang lain masih saya teruskan kerana banyak ilmu-ilmu baru tentang pemasaran yang saya belajar dalam kelas beliau. 

Secara tidak langsung membuatkan jualan produk saya meningkat walaupun waktu PKP ketika itu.

Tetapi menjadi Agent Affiliate ini saya suka lakukan kerana ianya amat mudah dan tidak pening kepala untuk berbalas whatsapp atau menguruskan penghantaran produk dan sebagainya. Tiba-tiba duit komisyen akan masuk sahaja ke dalam akaun saya.

Jika kita berniaga produk fizikal cabarannya berbeza, menjadi agent Affiliate ini ianya lebih mudah. Anda hanya perlukan telefon dan data internet sahaja untuk bermula tanpa perlu memikirkan banyak perkara. 

Atas faktor inilah saya mula serius menjadikan Bisnes Affiliate ini sebagai satu sumber untuk menambahkan pendapatan saya.

Ini Kos Facebook Ads ( Iklan Berbayar ) untuk produk yang saya jual. Ianya memerlukan modal yang tinggi bukan ? Bukan kos sahaja tinggi tetapi anda juga harus mahir untuk membuat setting Facebook Ads.

 Jika tidak anda hanya akan bakar duit sahaja. Alhamdulilah dengan Ilmu yang ada saya berjaya buat sales dengan konsisten. Tetapi untuk menjadi Agent Affiliate anda tidak perlu modal sebanyak ini, itu yang saya suka.

Apa yang perlu ialah anda sanggup untuk belajar, rajin dan konsisten itu sahaja.

Saya tersenarai antara TOP 10 yang berjaya buat sales  yang konsisten untuk Tahun 2019.

Dapat Reward Laptop , Handphone dan Emas. Saya tak sertakan disini.

Reward pun di hantar terus ke rumah oleh Pihak HQ, yelah saya pun kerja dari rumah sahaja.

Produk yang saya jual sentiasa ada permintaan. Sebab itulah pentingnya memilih produk yang mudah untuk dijual.

 Kenapa Saya Buat Affiliate ? 

Ok niat saya ialah nak bantu lebih ramai orang dapatkan ilmu pemasaran yang betul dan berguna untuk majukan bisnes mereka. 

Dalam masa yang sama, saya nak tunjukkan kepada anda semua adanya peluang lain untuk jana pendapatan dan ianya tidak terhad hanya kepada produk fizikal sahaja. Dan Bisnes tersebut jauh lebih mudah.  

Atas faktor inilah saya jatuh cinta untuk buat Bisnes Affiliate ini. Dalam masa yang sama kadangkala saya ada tawarkan tunjuk ajar pada sesiapa yang sedang atau masih tercari-cari peluang untuk jana pendapatan. 

Mungkin juga bisnes mereka sedang sendu dari segi jualan atau mungkin juga mereka ini Newbie yang baru nak menceburkan diri dalam bidang pemasaran Online.

 Apa Itu Affiliate ? 

Ok Affiliate ni sama sahaja macam kita jadi agent jual produk fizikal biasa atau jadi Agent Dropship. Bezanya ialah ianya lebih mudah, kerana anda hanya perlu mempromosikan Link Referral anda sahaja.

Link ini anda boleh dapat setelah anda mendaftar dengan pihak yang menawarkan Affilate untuk produk mereka. Dalam mencari Produk Affiliate pula anda harus mencari pihak yang boleh dipercayai dan jujur.

 Jika tidak.. anda susah nak dapatkan komisyen anda setelah anda penat mempromosikan Link Raferral anda.

Tugas anda ialah pastikan pelanggan klik Link Web Referral anda sahaja dan jika pelanggan berminat dia akan buat pembelian dan anda akan menerima komisyen untuk setiap pembelian secara automatik.

  • Tak perlu beli stock dan nak fahamkan produk dengan terlalu details.
  • Tak perlu keluar Modal besar ianya PERCUMA sahaja.
  • Tak perlu layan whatsapp untuk layan pelbagai karenah pelanggan.
  • Tak perlu uruskan urusan pembelian seperti semak resit pembelian dan sebagainya.
  • Tak perlu uruskan Pos barang pada customer.
  • Tak perlu fikir nak sediakan website sebab anda akan dapat link website anda sendiri selepas daftar.
  • Tak perlu uruskan sebarang pertanyaan dari pelanggan, kerana system dan pemilik perniagaan asal akan uruskan.

 Kelebihan Buat Duit Dengan Affiliate Marketing. 

Apa yang paling menarik bagi saya menjadi Agent Affiliate ialah walaupun anda sedang tidur komisyen akan tetap masuk jika anda orang membuat pembelian untuk produk yang anda promosikan. 

Semuanya secara automatik, banyak kali saya sendiri menerima komisyen setiap kali bangun dari tidur… Alhamdulilah syukur. 

 

Di atas ini anda boleh melihat sendiri jumlah pendapatan saya sebagai Agent Affiliate. Buat pengetahuan anda mereka yang yang buat Affiliate ini kebanyakkannya suri rumah.

 Tetapi pendapatan mereka bukan biasa-biasa. Anda pun boleh, InsyAllah jika kena dengan ilmunya.

Di atas ini ialah pendapatan saya tanpa henti, dan yang menariknya anda boleh withdraw pendapatan anda setiap hari. 

 Macam Mana Nak Dapat Ilmu Ini? 

Ok untuk jadi Agent Affiliate ni pun sama macam kita buat Bisnes. Kena ada strategi dan caranya. InsyaAllah jika anda dah daftar di bawah nanti saya akan kongsikan caranya. 

Diawal-awal dulu saya pun struggle juga nak fahamkan caranya, tapi Alhamdulilah sekarang  saya dah faham dan saya akan tunjukkan kepada anda. 

Jika anda konsisten dan bersemangat , buat strategi yang betul dan berdoa banyak-banyak InsyaAllah anda juga boleh melakukannya. 

Kini PKP 3.0 telah pun bermula, adakah anda masih ingin berpeluk tubuh ? Tidak mahu berubah dan belajar satu ilmu baru ? 

Jika anda membaca artikel ini dan anda nekad untuk ubah hidup anda. Mulakan tindakkan anda sekarang juga untuk mendaftar secara PERCUMA ⤵️

 Selepas daftar terus Wassap admin dan saya akan dedahkan Rahsia bagaimana jana pendapatan tanpa Modal dengan Ilmu yang saya ada ⤵️